Penat tak first day puasa? Takpe..banyak2 buat amal ibadat insyaallah lupa penat tu. So,nak share pasal kebaikan & amalan puasa yang digelar sebagai PESTA IBADAH.
Antara rahsia puasa:
- Pada malam pertama Ramadhan, Allah akan pandang hambanya dengan rahmat
- Malaikat beristighfar untuk kita
- Semua Pintu syurga dibuka seluas-luasnya
- Bau mulut orang yang berpuasa ni lebih wangi daripada kasturi disisi Allah
- Allah membanyakkan rahmat, keampunan dan Allah membebaskan daripada api neraka
- Syaitan2 yang berpangkat waktu bulan puasa ni dibelenggu dan syaitan2 yang kecik2 masih ada(mungkin)
- Orang yang berpuasa sahaja dapat memasuki sungai Rayyan di syurga nanti
- Puasa dapat beri syafaat kat kita
- Bersedekahlah waktu bulan puasa, dan malaikat akan selawat pada kita pada malam lailatul qadr
Amalan yang boleh kita cuba untuk istiqomah dalam bulan puasa ialah:
- Tahajjud - merupakan amalan yang sangat luar biasa sepertimana yang disebutkan dalam surah Al-Isra' 79-81 dan solat ni mempunyai banyak kelebihan yang tak ada dalam solat fardu
- Al quran - dapat beri syafaat juga
Ini antara perkara membatalakan puasa yang ramai tak tahu:
- Air liur tak boleh bercampur dengan benda asing (darah dari mulut dikira najis)
- Telan sisa makanan
- Kalau air liur dah sampai bibir, pastu jilat balik BATAL
- Hingus jika disedut hingga tertelan batal
- Muntah yang disengajakan
Ok, Insyaallah ni sahaja yg dpt dikongsikan.
Jangan kita puasa ni dapat LAPAR & DAHAGA JE!!


No comments:
Post a Comment